suria

Tiga Rakyat China Miliki 1.8 Tan Gading Gajah Didakwa

DAR ES SALAAM: Tiga warganegara China didakwa di sebuah mahkamah Tanzania kerana memiliki 706 gading gajah daripada pemburu haram, kata seorang pegawai mahkamah.

Tiga suspek itu, Huang Gin, Xu Fujie dan Chen Jinzhan ditahan minggu lalu di bandar pelabuhan ini selepas mereka menyimpan gading gajah seberat 1.8 tan yang bernilai AS$3.1 juta (RM9.8 juta) di dalam bekas.

Polis dan pegawai mahkamah berkata, trio itu menyamar sebagai pengimport bawang putih dan pengeksport produk marin dengan Majistret, Isaya Arufani menafikan ikat jamin ke atas mereka dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah tinggi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain