suria

Lapan Polis Terkorban Dalam Pengeboman Berani Mati Di Utara Iraq

TIKRIT (Iraq): Seorang pengebom berani mati membunuh lapan polis Kurdish di utara Iraq pada Ahad, menurut pegawai daerah dan pegawai perubatan.

Pengebom meletupkan kereta bersebelahan tiga kenderaan konvoi polis di bandar Tuz Khurmatu, yang juga mencederakan sembilan pegawai, pegawai daerah Shahal Abdul memberitahu AFP.

Seorang pegawai perubatan mengesahkan angka kematian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain