suria

Gempa Bumi Kuat di South Sandwich Islands Region

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda South Sandwich Islands Region pada 10.03 malam Isnin, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi itu terletak di 60.9 darjah selatan dan 25.1 darjah barat, kira-kira 3,842km tenggara dari Puerto Montt, Chile dan 12,120km barat daya Pontian, Johor.

"Tiada ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," kata kenyataan itu.

-BERNAMA

Artikel Lain