Polis Temui 24 Mayat Nahas Keretapi di Quebec - Dunia | mStar

Polis Temui 24 Mayat Nahas Keretapi di Quebec

LAC-MEGANTIC: Mangsa pertama nahas kereta api membawa minyak yang tergelincir di Quebec, dikenal pasti pada Jumaat selepas lebih lima hari tragedi itu berlaku dengan anggaran 50 nyawa terkorban.

Polis berkata, pihaknya juga menemui empat lagi mayat menjadikan jumlah korban setakat ini 24 orang.

Mangsa pertama yang dikenal pasti oleh pejabat koroner ialah Eliane Parenteau yang berusia 93 tahun.

Mangsa tinggal di kawasan zon bencana di pinggir pekan kecil Lac-Megantic.

Mereka yang mengenali mangsa menyifatkan beliau seorang yang aktif dalam usianya itu.

Perdana Menteri Kanada, Pauline Marois tiba di pekan itu dan terus mengkritik Presiden yang juga Ketua Eksekutif Rail World Inc, Edward Burkhardt berikutan nahas yang berlaku itu.

"Ketua syarikat (kereta api) ini sepatutnya berada di sana (lokasi nahas) sejak hari pertama lagi," katanya dalam sidang media. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Puteri Arab Saudi Dituduh Seludup Manusia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR