suria

Helikopter Terhempas: Seorang Maut, Lima Cedera di Nepal

KATMANDU: Seorang penumpang maut manakala lima lagi mengalami kecederaan selepas sebuah helikopter terhempas di kawasan pedalaman barat laut Nepal.

Pegawai polis berkata, helikopter milik syarikat tempatan, Fishtail Air terhempas lewat petang semalam berdekatan perkampungan Muchu, kira-kira 400 kilometer barat laut ibu negara Nepal, Katmandu.

Mereka yang cedera diterbangkan oleh helikopter penyelamat ke bandar berdekatan untuk diberikan rawatan.

Tidak dapat dipastikan punca nahas tetapi cuaca hujan di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu dan menyebabkan jarak penglihatan terjejas. - AP

Artikel Lain