suria

Puting Beliung Besar Melanda Oklahoma City, Berpuluh-Puluh Terkorban

WASHINGTON: Satu kejadian puting beliung kuat melanda pinggir bandar Oklahoma City pada Isnin, meruntuhkan blok-blok kediaman dan sekurang-kurangnya dua buah sekolah dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 51 orang mati, pegawai-pegawai tempatan memberitahu media AS.

Pejabat pemeriksaan perubatan negeri mengeluarkan angka kematian terkini tetapi jumlah itu meningkat dengan pantas ketika krew kecemasan mencari dan menyelamat mayat serta mangsa dalam runtuhan sebuah sekolah rendah di Moore, Oklahoma.

Peramal cuaca melaporkan angin kencang dalam lingkungan dua batu (tiga kilometer).

"Kami telah dilanda puting beliung besar, yang mana ia telah melanda masyarakat di sini," kata Gabenor Oklahoma Mary Fallin memberitahu sidang akhbar.

"Kita tahu terdapat banyak kecederaan. Kita tahu kita telah kehilangan sejumlah besar struktur seluruh masyarakat ini dan di seluruh negeri ini," katanya, manakala ketua polis Moore menggesa orang ramai untuk meninggalkan kawasan tersebut.

"Timbul banyak isu-isu keselamatan, berkaitan gas, punca kuasa dan perkara-perkara seperti itu yang kita perlu ambil kira dan tidak banyak yang boleh dilakukan di sana pada masa ini," kata ketua polis Jerry Sillings.

Wartawan bagi penyiar tempatan KFOR-TV menyaksikan kanak-kanak seawal usia sembilan ditarik keluar dari Menara School Plaza di Moore, di sebuah kawasan perumahan dengan kepadatan 55,000 penduduk di selatan ibu negeri Oklahoma.

Ibu bapa yang sedang bimbang sedang diasingkan dalam jarak tertentu manakala pekerja berusaha mencari dan membebaskan pelajar.

Menurut KFOR, seramai 24 mangsa terperangkap di bawah runtuhan dan sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak meninggal dunia di sekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain