suria

China Guna Bantuan Anjing Ramal Gempa Bumi

BEIJING: China menggunakan bantuan anjing untuk meramal bencana gempa bumi, kata seorang pegawai yang hanya ingin dikenali sebagai Song pada selasa.

Negara tersebut sentiasa dilanda gegaran seismos.

Kira-kira 200 orang terkorban akibat gempa bumi di wilayah Sichuan bulan lalu.

Pihak berkuasa gempa bumi di Nanchang, ibu kota wilayah Jiangxi memelihara beberapa ekor anjing kerana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku.

Kadang-kadang haiwan tersebut akan berkelakuan pelik 10 hari sebelum insiden buruk berlaku.

Pasukan tersebut yang menggunakan khidmat anjing atas permintaan kerajaan wilayah tersebut berkata, ayam dan itik juga boleh memberikan isyarat dengan berkesan.

Namun, beberapa penduduk membuat aduan di laman media sosial yang tidak selesa dengan bunyi bising haiwan tersebut pada waktu malam.

"Saya tidak tahu berapa banyak anjing dimiliki pasukan tersebut. Pada pukul 11 malam setiap hari mereka akan mula menyalak," kata Song.

Artikel Sebelum

Artikel Lain