suria

Pengeboman Berani Mati Di Kedutaan AS Di Turki, Dua Maut

ANKARA, Turki: Seorang pegawai polis berkata, seorang pengebom berani mati telah meledakkan bahan letupan di pintu masuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Turki dan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Seorang wartawan Associated Press (AP) pada Jumaat melihat satu mayat di jalan di hadapan bahagian pintu kedutaan itu.

Bom dikatakan meletup di dalam bahagian pemeriksaan sekuriti di pintu masuk kedutaan.

Stesen televisyen swasta, NTV berkata, dua pengawal keselamatan yang berada di pintu masuk terbunuh. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain