suria

Perbicaraan Kes Rogol Gadis India Bermula

NEW DELHI: Perbicaraan terhadap lima lelaki yang dituduh merogol beramai-ramai seorang gadis di dalam bas bulan lepas dimulakan segera di mahkamah khas di New Delhi.

Polis, pada Khamis mengawal luar kompleks mahkamah di selatan Delhi, di mana sesetengah kumpulan wanita dijangka akan hadir mengadakan protes dan bantahan.

Mahkamah dijangka mendengar hujah pembukaan oleh pihak pendakwaan dan peguam pembelaan terhadap lelaki yang didakwa merogol dan membunuh.

Suspek keenam yang didakwa dijangka akan dibicarakan di mahkamah juvana.

Protes diadakan berminggu-minggu berikutan serangan itu mendorong kerajaan untuk menubuhkan mahkamah khas untuk menangani jenayah terhadap wanita dengan pantas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

202 Juta Penganggur Tahun Ini

Artikel Lain