suria

Bekas Personaliti TV BBC Hadapi Tuduhan Cabul, Rogol

BEKAS personaliti televisyen, Stuart Hall, 83, (gambar) didakwa atas tuduhan rogol dan 14 tuduhan melakukan cabul.

Pengacara veteran saluran Perbadanan Penyiaran British (BBC) itu dituduh merogol seorang wanita berusia 22 tahun pada tahun 1976. Beliau juga didakwa dengan 14 kesalahan serangan seksual terhadap sepuluh kanak-kanak perempuan berusia sembilan hingga 16 tahun antara 1967 dan 1986.

Hall telah ditahan pada Selasa selepas hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan. Beliau bagaimanapun diikat jamin sementara menanti pembicaraan pada 7 Februari depan.

Pada 7 Januari lalu, bapa kepada dua orang anak ini muncul di mahkamah yang sama untuk menafikan gangguan seksualnya terhadap tiga kanak-kanak perempuan berumur enam hingga 16 tahun di antara 1974 dan 1984.

Beliau telah dituduh bercumbuan dengan gadis berumur 16 dan 17 tahun pada tahun 1974 serta melakukan cabul terhadap seorang gadis berusia sembilan tahun pada tahun 1983.

Beliau turut menghadapi tuduhan memaksa gadis berusia 13 tahun untuk bercium pada tahun 1984. – The Sun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

202 Juta Penganggur Tahun Ini

Artikel Lain