suria

Malaysia Sasar 780,000 Pelancong India

NEW DELHI: Malaysia menyasarkan untuk menarik 780,000 pelancong India melawat negara ini pada 2013/2014, kata Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabangsa Kementerian Pelancongan Malaysia Zulkifly Md Said.

"Kami telah menyasarkan mencapai 700,000 pelancong pada tahun ini (sehingga 31 Mac, 2013) dan bagi tempoh tahun kewangan 2013-2014, kami berharap menarik lebih 780,000 pelancong," kata Zulkifly.

Sehingga September 2012, sejumlah 514,926 rakyat India melawat Malaysia berbanding 501,828 orang pada 2011.

Beliau berkata demikian di Chennai, Tamil Nadu, di mana Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan kempen promosi bagi agen dan perancang pelancongan.

Mengenai pakej perjalanan, Zulkifly berkata rakyat India dapat menikmati 25 peratus lebih rendah berbanding rakyat negara lain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain