Penggodam Dipenjara Papar Gambar Bogel Selebriti AS - Dunia | mStar

Penggodam Dipenjara Papar Gambar Bogel Selebriti AS

LOS ANGELES: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang penggodam komputer kerana menceroboh emel selebriti terkemuka, termasuk gambar bogel Scarlett Johansson dan membocorkannya di laman online.

Hakim Mahkamah Persekutuan Los Angeles juga mengarahkan Christopher Chaney, 36, dari Florida, membayar sejumlah AS$76,000 kepada Johansson, Christina Aguilera dan Renee Olstead, antara berpuluh selebriti yang digodamnnya.

Chaney mengaku bersalah atas tuduhan pada Mac lalu selepas berunding dengan pendawa raya.

Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 121 tahun jika didapati bersalah atas semua 26 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Hakim S James Otero, berkata Chaney terbukti menganiaya mangsanya terutama dua selebriti yang diekorinya sejak 10 tahun lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain