suria

Penjualan iPhone 5 Di China Cipta Rekod

WASHINGTON: Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple pada Ahad mengumumkan ia telah menjual lebih dua juta model iPhone terbarunya selepas telefon pintar itu berada di pasaran pada minggu pertama di China.

"Sambutan pelanggan terhadap iPhone 5 di China amat menggalakkan, mencipta rekod baru dengan penjualan terbanyak pada minggu pertama di negara tersebut," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook.

Telefon tersebut dilancarkan pada hujung September di AS dan sembilan negara lain.

Namun, ia akan berada di pasaran di lebih 100 buah negara menjelang hujung bulan ini.

Artikel Lain