suria

LDP di Jepun Kembali Memerintah Dengan Kemenangan Majoriti Dua Pertiga

TOKYO: Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun berjaya memenangi pilihan raya umum negara itu dengan majoriti melebihi dua pertiga pada Ahad, menurut laporan berita NHK.

NHK melaporkan LDP berjaya memenangi antara 275 hingga 310 daripada 480 kerusi yang dipertandingkan.

Sementara parti pemerintah, Parti Demokratik Yoshihiko Noda (DPJ) hanya berjaya memenangi 55 daripada 77 kerusi yang mereka tandingi.

Parti komponen LDP, New Komeito berjaya memenangi 27 daripada 35 kerusi lapor NHK.

Dengan keputusan tersebut menunjukkan LDP meraih majoriti melebihi dua pertiga, sekaligus membolehkan mereka berkuasa di dewan atas yang sebelum ini belum ada parti yang dapat mengawal kedua-dua dewan sekaligus.

"LDP berjaya menang besar,pemerintahan Abe bakal bermula," menurut laporan portal online akhbar Nikkie.

Semua penyiar berita utama sebelum ini bersetuju bahawa LDP akan kembali berkuasa, tiga tahun selepas mereka tewas dalam pilihan raya lalu disebabkan rakyat bosan dengan sikap pemimpin mereka yang sering melanggar undang-undang selepas memerintah lebih daripada dua abad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain