Helikopter Terhempas: Gabenor Daerah Nigeria, 5 Lain Terbunuh - Dunia | mStar

Helikopter Terhempas: Gabenor Daerah Nigeria, 5 Lain Terbunuh

LAGOS: Sebuah helikopter tentera laut Nigeria terhempas di selatan delta dan meragut nyawa Gabenor daerah Kaduna, Patrick Yakowa awal pagi Ahad.

Parti pemerintah Nigeria dalam satu kenyataan, berkata selain Gabenor Patrick Yakowa terbunuh dalam kejadian itu, lima yang lain turut terkorban.

"Gabenor bagi daerah Kaduna di tengah-tengah Nigeria terbunuh bersama lima yang lain apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di daerah Bayelsa di Niger Delta.

"Parti Demokratik Rakyat Nigeri menyifatkan kematian Yakowa adalah kehilangan besar," katanya di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, ia turut menyatakan bekas penasihat keselamatan kebangsaan, Jeneral Andrew Azazi turut terbunuh.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria, Yushau Shuaib, berkata empat mayat sudah ditemui tetapi identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti. - AP

Artikel Sebelum

FTA Dengan Singapura Rapat EU Dengan Asia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain