suria

Inkues: Jururawat Rawat Kate Middleton Ditemui Mati Tergantung

Pelajar kolej kejururawatan memegang poster jururawat Jacintha Saldanha ketika perhimpunan nyalaan cahaya lilin di bandar Selatan India, Bangalore. Jururawat yang berkhidmat di Hospital King Edward VII di London, Britain, yang menjawab panggilan palsu ketika merawat Duchess of Cambridge ditemui mati tergantung di apartmennya. Jacintha Saldanha ditemui mati tiga hari selepas menerima panggilan dari stesen radio Australia yang mana penyampainya menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan Putera Charles. -fotoEPA

LONDON: Seorang jururawat ditemui tergantung di dalam biliknya, tiga hari selepas dia menerima panggilan dari penyampai radio Australia mengenai kehamilan Duchess of Cambridge, inkues UK diberitahu Khamis.

Kes itu dianggap sebagai kes bunuh diri yang jelas.

Pegawai koroner Lynda Martindill berkata jururawat Jacintha Saldanha ditemui tergantung dengan selendang pada almari pakaian di kuarters jururawat pada Jumaat oleh rakan sekerja dan kakitangan keselamatan di Hospital London King Edward VII.

Martindill berkata percubaan untuk memulihkan Saldanha gagal.

Ketua Inspektor Polis, Detektif James Harman berkata Saldanha, 46, juga mempunyai kecederaan pada pergelangan tangannya.

Beliau memberitahu inkues di Mahkamah Koroner Westminster bahawa dua nota ditemui di tempat kejadian dan nota lain ditemui bersama barang-barang kepunyaan Saldanha.

Beliau berkata tidak ada keadaan yang mencurigakan, bermakna tiada siapa lagi yang terbabit dalam kematian Saldanha.

Harman berkata polis sedang memeriksa nota, menemuramah rakan jururawat, keluarga dan rakan-rakan dan meneliti e-mel dan panggilan telefon untuk menyiasat punca yang membawa kepada kematiannya.

Beliau juga berkata detektif akan menghubungi polis di negeri New South Wales Australia untuk mengumpul "bukti yang relevan."

Saldanha menjawab telefon pada minggu lepas apabila dua penyampai radio Australia membuat panggilan mencari maklumat tentang Kate Middleton, yang sedang dirawat kerana menghadapi alahan yang teruk.

Penyampai menyamar sebagai Ratu Elizabeth II dan Putera Charles, dan Saldanha telah tertipu apabila memindahkan panggilan kepada jururawat lain, yang mendedahkan butir-butir peribadi mengenai keadaan Kate.

Penyampai, Mel Greig dan Michael Christian, memohon maaf di atas gurauan itu dalam satu wawancara penuh emosi di televisyen Australia, mengatakan mereka tidak pernah menjangka panggilan mereka akan menjadi seperti ini.

Program ini telah ditarik balik daripada dikeudarakan dan penyampai telah digantung.

Pemantau media Australia, Pihak Berkuasa Komunikasi dan Media Australia, pada Khamis berkata pihaknya telah melancarkan siasatan rasmi sama ada stesen radio 2DayFM melanggar syarat-syarat lesen penyiaran dan tata amalan industri.

Di London, koroner Fiona Wilcox membuka dan menangguhkan inkues Saldanha sehingga 26 Mac.

Wilcox menyatakan "simpati saya kepada keluarga dan semua orang yang tersentuh oleh kematian tragis ini."

Di Britain, inkues diadakan untuk menentukan fakta-fakta apabila seseorang meninggal dunia secara tidak disangka-sangka, ganas atau dalam keadaan yang dipertikaikan.

Pihak berkuasa tempatan, Majlis Westminster, berkata mayat Saldanha telah diserahkan kepada keluarganya selepas pendengaran Khamis.

Saldanha, dilahirkan di India, tinggal di Bristol di barat daya England bersama suami dan dua anak remaja. Suaminya, Benedict Barboza, berkata dia akan dikebumikan di Shirva, India.

Keluarganya tidak berada di mahkamah.

Ahli parlimen Keith Vaz, telah bercakap bagi pihak mereka dan berkata orang-orang yang menyayangi jururawat "memerlukan masa untuk bersedih."

Artikel Berikut

Guatemala Bebaskan McAfee

Artikel Lain