suria

3 Mati Lelaki Lepaskan Tembakan di Kawasan Orang Asli

PORTERVILLE: Seorang lelaki menembak mati tiga orang dan mencederakan seorang lain dalam insiden di kawasan Orang Asli Amerika di sini dan kemudiannya menyebabkan dirinya cederas selepas berbalas tembakan dengan timbalan sheriff ketika cuba melarikan diri dengan kereta, kata pihak berkuasa.

Suspek dikenali Hector Celaya, 31 tahun turut menembak dan mencederakan dua anak perempuannya masing-masing berusia lima dan lapan tahun yang berada di dalam kereta bersamanya apabila diberkas kira-kira jam 2 pagi (waktu tempatan).

Tidak dapat dipastikan bila kanak-kanak perempuan berkenaan ditembak.

Motif serangan juga belum dapat dipastikan.

Pihak berkuasa kemudiannya menahan Celaya kira-kira enam jam selepas timbalan sheriff daerah Tulare dipanggil untuk memeriksa treler di Kawasan Orang Asli Tule dan menemui mayat seorang lelaki dan wanita dan seorang lagi lelaki berdekatan. - AP

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain