suria

Pencipta Perisian McAfee Ditahan Memasuki Guatemala Secara Haram

Gambar yang dikeluarkan polis di Guatemala menunjukkan jutawan John McAfee dikawal pihak berkuasa selepas ditahan memasuki negara itu secara haram. McAfee dikehendaki di Belize untuk disoal siasat berhubung kematian rakannya seorang warga Amerika, Greg Faull. -foto EPA/Policia Nacional Civil de Guatemala

GUATEMALA CITY: Pencipta perisian anti-virus terkenal, John McAfee yang sedang malarikan diri daripada disoal siasat pihak berkuasa di Belize berhubung kes pembunuhan telah ditangkap oleh polis Guatemala pada Rabu kerana memasuki negara itu secara secara haram, kata menteri dalaman.

McAfee, yang telah bersembunyi selama tiga minggu, menyeberang ke Guatemala dengan teman wanitanya, Samantha, untuk mengelak daripada pihak berkuasa di Belize yang mahu menyoal siasat beliau sebagai "orang berkepentingan" berhubung pembunuhan rakannya, warga Amerika, Gregory Faull.

"Pihak polis (Guatemala) mengeluarkan waran tangkap untuk John McAfee dan menangkap beliau kerana memasuki negara ini secara haram," kata Menteri Dalaman Mauricio Lopez Bonilla.

McAfee telah dibawa ke kediaman milik jabatan imigresen dan dikawal oleh anggota polis.

Pada Selasa, McAfee berkata beliau akan mendapatkan perlindungan politik di Guatemala, yang telah terbabit dalam pertikaian wilayah dengan Belize sejak sekian lama.

Tidak terdapat perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, dan tidak ada waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan untuk McAfee.

McAfee mengatakan beliau takut pihak berkuasa Belizean akan membunuhnya jika dia kembali ke Belize untuk disoal siasat.

Perdana menteri Belize telah menafikan tuntutan tersebut, sambil menggelarkan pemuda berusia 67 tahun sebagai paranoid.

McAfee telah menetap di negara kecil Amerika Tengah selama kira-kira empat tahun.

Beliau adalah salah seorang usahawan pertama di Silicon Valley yang membina kekayaan melalui Internet. - Reuters

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain