suria

Romney Kembali Bertugas, Sertai Semula Marriott

WASHINGTON: Selepas tewas dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mitt Romney kembali ke dunia korporat AS pada Selasa dengan menyertai semula lembaga pengarah firma hotel terkemuka, Marriott International.

Romney, yang menjadi ketua syarikat pelaburan dan bekas Gabenor Republikan di Massachusetts sebelum menyertai persainagn ke Rumah Putih , sebelum ini sudah dua kali menyertai semula rangkaian hotel terkemuka itu sebagai ahli lembaga pengarahnya.

"abenor Romney sudah membuktikan beliau licik, pengarah yang hebat dalam mencari peluang dan dunia persaingan industri yang hebat ini. Kami amat berbesar hati kerana beliau kembali bersama kami dalam lembaga pengarah," kata Ketua Eksekutif Marriott, Arne Sorenson.

Romney tewas dalam pemilihan presiden pada 6 November itu kepada penyandang jawatan, Barack Obama dari Demokrat. - AFP

Artikel Lain