11 Pasang Jaket Kalis Peluru Dibekal Kepada Sukarelawan Ke Gaza - Dunia | mStar

11 Pasang Jaket Kalis Peluru Dibekal Kepada Sukarelawan Ke Gaza

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 pasang jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dijadualkan bertolak pada 5 hingga 14 Disember ini.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jaket tersebut, yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan 'hitam' serta dianggap berisiko.

Misi yang disertai 56 sukarelawan termasuk 30 doktor pakar itu akan menyalurkan bantuan dan peralatan perubatan serta selimut dan makanan kepada penduduk di Gaza. "Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini supaya tidak berlaku lagi kes seperti sebelum ini," katanya merujuk kepada insiden melibatkan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, September tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis taklimat kursus misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di sini hari ini, Abdul Azeez berkata misi itu akan dipantau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat kejayaan yang bakal diperoleh daripada misi itu.

"Kita bukan setakat pergi one-off sahaja, kita akan pulang bersama laporan iaitu dari segi apakah bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh kerajaan dan rakyat kita boleh salurkan untuk membantu mereka. "Saya bawa arkitek, jurutera, penasihat ekonomi, doktor termasuk pereka dalaman untuk mendapatkan satu gambaran dan wujudkan satu sekretariat bagi membuat kajian tiap-tiap hari.

"Hari terakhir kita akan buat rumusan dan serahkan kepada Datuk Najib bersama dengan Tun Dr Mahathir untuk tindakan susulan," katanya.

Sebagai persediaan keselamatan misi itu, Abdul Azeez berkata bekas Komander Briged Tengah Pasukan Polis Hutan, SAC Hanif Ahmad, yang merupakan pakar dalam bidang bencana diundang untuk memberi taklimat berkaitan keselamatan.

Taklimat berkaitan keselamatan dan keadaan ketika di Gaza pula diberikan Shahrin Ahmad daripada MKN yang akan turut serta dalam misi tersebut, katanya.

Sementara itu, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata pihaknya akan menghantar 20 wakil anak muda untuk mengikuti misi itu.

"Sebenarnya 200 orang belia memberi nama untuk pergi tetapi kami memilih setakat 20 orang bagi memudahkan kami mengawal semua pergerakan mereka," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Terbunuh Dalam Letupan Bom Kereta Di Syria

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain