suria

Panglima Perang Puak Berpengaruh Pakistan Mullah Nazir Cedera Dalam Percubaan Membunuhnya

PESHAWAR (Pakistan): Panglima perang satu puak berpengaruh di Utara Pakistan, Mullah Nazir telah disahkan mengalami kecederaan teruk dalam satu percubaan untuk membunuhnya.

Selain beliau yang tercedera, lima lagi pengikut dan orang kanannya telah terbunuh dalam kejadian itu.

Mullah Nazir adalah pemimpin Puak Wazir yang merupakan satu kumpulan etnik yang berpengaruh di wilayah Selatan Waziristan.

Waziristan adalah merupakan sebahagian daripada Pakistan tetapi dianggap sebagai wilayah yang tidak diperintah.

Ia menjadi pusat Al-Qaeda dan Taliban yang melarikan diri dari Afghanistan.

Sehingga kini tidak lagi jelas siapakah di belakang serangan ke atas Nazir.

Penyerang Nazir dikatakan menunggang motosikal yang sarat dengan bahan letupan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Nazir dan pengikut-pengikutnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain