suria

2 Pelancong Jepun Korban Ribut Salji Berhampiran Tembok Besar China

BEIJING: Dua orang pelancong Jepun yang telah berusia, meninggal dunia di sebuah kawasan pergunungan berhampiran dengan Tembok Besar China di wilayah Hebei apabila mereka terperangkap dalam ribut salji yang melanda secara tiba-tiba.

Seorang lagi pelancong dilaporkan masih hilang.

Kedua-dua mangsa wanita berusia 62 dan 68 tahun itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesejukan melampau manakala seorang lagi pelancong lelaki berusia 76 tahun tidak ditemui di tempat kejadian dan diklasifikasikan sebagai hilang.

Kumpulan pelancong itu mula mendaki kawasan pergunungan berkenaan dari kawasan Beijing sebagai sebahagian daripada pakej melancong kawasan Tembok Besar China pada Sabtu lalu.

Malangnya mereka kemudian terperangkap selepas tiba di puncak akibat ribut salji.

Mayat kedua-dua pelancong malang itu telah ditemui selepas jam 7 malam Ahad.

Beijing telah dilanda ribut salji sejak Ahad yang datang awal daripada musim.

Artikel Lain