suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Presiden Mendiami The White House Sejak Perang Dunia Ke-II

WASHINGTON: Seramai 13 orang presiden - tujuh mewakili Parti Demokrat manakala enam lagi Republikan telah mendiami the White House sejak Perang Dunia Ke-2.

White House adalah kediaman dan sekaligus pejabat rasmi setiap presiden negara berkenaan.

Berikut adalah senarai presiden-presiden Amerika sejak dari Perang Dunia Ke-2 sehingga sekarang;

> 1932-1945: Franklin Roosevelt (Demokrat). Juga mencatat sejarah kerana dipilih untuk kali yang keempat pada tahun 1940. Selepas itu Amerika meminda perlembagaannya yang membenarkan seorang presiden berkhidmat tidak melebihi dua penggal berturut-turut pada tahun 1951. Roosevelt meninggal dunia pada 12 April 1945, tidak sampai sebulan sebelum berakhirnya perang.

> 1945-1952: Harry Truman (Demokrat) Sebagai naib presiden, beliau secara automatik mengambil tempat Roosevelt dan kemudian terpilih semula dalam pemilihan tahun 1948.

> 1952-1960: Dwight Eisenhower (Republikan).

> 1960-1963: John F. Kennedy (Demokrat). Terbunuh di Dallas pada 22 November 1963.

> 1963-1968: Lyndon Johnson (Democrat). Sebagai naib presiden, beliau mengambilalih pemerintahan pada tahun 1963 selepas Kennedy ditembak mati dan kemudian terpilih sebagai presiden dalam pilihan raya 1964.

> 1968-1974: Richard Nixon (Republikan). Terpilih untuk penggal kedua pada 1972. Bagaimanapun beliau meletakkan jawatan pada 1974 selepas skandal Watergate.

> 1974-1976: Gerald Ford (Republikan). Sebagai naib presiden, beliau mengantikan Nixon selepas peletakan jawatannya. Sehingga ke hari ini beliau adalah satu-satunya naib presiden yang gagal dalam percubaan untuk menjadi presiden secara 'sah' selepas percubaannya pada tahun 1976 gagal ditangan Jimmy Carter.

> 1976-1980: Jimmy Carter (Demokrat).

> 1980-1988: Ronald Reagan (Republikan).

> 1988-1992: George Bush (Republikan).

> 1992-2000: Bill Clinton (Demokrat). Clinton adalah satu-satunya wakil Parti Demokrat yang berjaya berkhidmat selama dua penggal selepas era Perang Dunia. Obama kini mencuba untuk menjadi calon Demokrat yang kedua berbuat demikian.

> 2000-2008: George W. Bush (Republikan).

> 2008 - 2012: Barack Obama (Demokrat).

Artikel Lain