suria

Presiden Sudan Kembali Sihat Selepas Pembedahan

KHARTOUM: Presiden Sudan, Omar al-Bashir, 68, yang menjalani pembedahan kecil dua bulan lalu, kini berada dalam keadaan sihat. Menurut setiausaha akhbarnya, Emad Sayed, pihaknya menafikan khabar angin yang menyatakan Omar kini tidak sihat selepas menjalani pembedahan semasa bulan Ramadan lalu.

“Kami mengesahkan Presiden kini sihat dan menjalankan semua aktiviti yang berkait dengan politik, keselamatan dan juga isu sosial,’’ katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain