Lelaki Ditahan Rancang Letup Bom Di New York - Dunia | mStar

Lelaki Ditahan Rancang Letup Bom Di New York

NEW YORK: Seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai terbabit dengan rangkaian al-Qaeda, ditahan di New York atas tuduhan cuba menggunakan 1,000 pound bom untuk memusnahkan Bangunan Simpanan Persekutuan.

Quazi Mohammad Rezwanul Ahsan Nafis, 21, ditahan di Manhattan selepas cuba meletupkan bom.

Bagaimanapun, bom itu sebenarnya bom palsu yang disediakan dalam operasi sengatan, kata Pendakwaraya Persekutuan di Brooklyn.

Nafiz mengembara ke Amerika Syarikat Januari tahun lalu bagi menjalankan operasi serangan pengganas di AS, kata pejabat Pendakwa Persekutuan di Brooklyn dalam satu kenyataan.

"Nafis yang dilaporkan mempunyai hubungan luar negara dengan al-Qaeda, cuba untuk merekrut individu lain bagi membentuk satu sel pengganas di dalam Amerika Syarikat," kata pejabat pendakwa. AFP

Artikel Berikut

Malaysia Berminat Import Gandum Dari India

Artikel Berkaitan