Lelaki Itali Protes Di Kubah St Peter - Dunia | mStar

Lelaki Itali Protes Di Kubah St Peter

Kelihatan seorang lelaki warga Itali berdiri di atas kubah St Peter setinggi 130 meter di Vatican City sambil memegang sepanduk
Kelihatan seorang lelaki warga Itali berdiri di atas kubah St Peter setinggi 130 meter di Vatican City sambil memegang sepanduk "Tolonglah! Cukuplah Monti!", yang merujuk kepada Perdana Menteri Itali, Mario Monti, bagi membantah dasar kerajaan Itali dan Kesatuan Eropah. Foto AP

VATICAN CITY: Seorang lelaki warga Itali mengelakkan diri daripada pengawal Vatican dengan memanjat kubah St Peter Basilica setinggi 130 meter bagi membantah dasar kerajaan Itali dan Kesatuan Eropah.

Pegawai pada Rabu berkata, lelaki berkenaan yang menggelar dirinya sebagai pemilik sebuah tempat peranginan di tepi pantai, menolak rayuan menteri kerajaan yang menawarkan untuk berjumpa dengannya sekiranya dia mahu turun ke bawah.

Lelaki itu mengangkat sepanduk yang mengatakan “Tolong! Cukuplah Monti!” yang merujuk pada Perdana Menteri Itali, Mario Monti, yang melaksanakan pendekatan yang serius dan pembaharuan ekonomi bagi mengurangkan hutang Itali dan defisit dan merancakkan pertumbuhan. - AP

Artikel Sebelum

Empat Hospital Berisiko Banjir Di Thailand

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

455 Badak Sumbu di Afrika Dibunuh

Artikel Lain