suria

Diplomat Iran Minta Diselamatkan Daripada Rusuhan Pembantah

NEW YORK: Seorang diplomat Iran diiringi dari sebuah jalan di Manhattan oleh polis selepas beliau dikelilingi dan diancam oleh satu rusuhan pembantah yang marah berhampiran dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Timbalan Menteri Luar, Ramin Mehmanparast sedang berjalan berhampiran PBB apabila beliau bertemu dengan perusuh yang marah di Second Avenue dekat 48th Street, kata jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Paul Browne.

Beliau mendapatkan pegawai polis, yang membantunya sampai ke tempat selamat.

Browne berkata, ancaman itu dipercayai dilakukan secara lisan.

Insiden itu diikuti dengan sebuah ucapan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam perhimpunan agung PBB.

Di luar bangunan PBB, beribu-ribu penunjuk perasaan anti Ahmadinejad mengadakan perhimpunan di Plaza Dag Hammarskjold berhadapan dengan bangunan berkenaan.

Tunjuk perasaan itu adalah bagi mencabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya bersikap lebih tegas terhadap Iran berikutan ancaman kuasa nuklear. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain