suria

Tiga Ahli Politik Brazil Didakwa Terbabit Rasuah

RIO DE JANEIRO: Empat ahli politik Brazil ditahan pada Khamis manakala tiga lagi diburu dalam operasi anti-rasuah di Rio de Janeiro, kata pegawai tempatan hari ini, sambil menambah ia adalah contoh terhadap operasi lain yang sedang dijalankan.

Antara tujuh yang ditahan atau diburu adalah datuk bandar, calon utama datuk bandar dan ketua majlis bandar di Guapimirim, yang bekerja di bandar dengan kira-kira 52,000 penduduk di kaki bukit pergunungan Rio de Janeiro.

Pihak berkuasa berkata, seramai 11 suspek lain juga didakwa dalam kes penyalahgunaan dana awam sebanyak AS$24 juta dalam tempoh empat tahun. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain