suria

Kartunis India Dipenjara Atas Hasutan Dibebaskan

MUMBAI: Seorang kartunis India, Aseem Trivedi yang dipenjarakan atas tuduhan hasutan dibebaskan dari penjara Mumbai dengan jaminan iaitu empat hari selepas ditahan kerana didakwa melanggar hak kebebasan bersuara.

"Walaupun saya sudah bebas, pertempuran ini tetap akan diteruskan. Walaupun terdapat pelanggaran hak di sisi undang-undang, namun perjuangan kami ini akan diterus," katanya kepada pemberita di luar penjara Jalan Arthur.

Trivedi, dituduh sering memperjuangkan kempen anti rasuah dalam kerajaan negara tersebut, menerima ikat jamin selepas Mahkamah Tinggi, India membenarkan ikat jamin sebanyak 5,000 rupees (RM360).

peguamnya, Vijay Hiremath memberitahu AFP pada Rabu, bahawa mereka berharap tuduhan keatas anak guamnya akan digugurkan.

Penangkapan Trivedi, seorang kartunis bebas atas kempen anti-rasuah mencetuskan tindak balas penduduk terhadap kerajaan India, yang dituduh menggunakan undang-undang hasutan era penjajahan.

Human Rights Watch turut menyertai bantahan pada Rabu dan menganggap rindakan tersebut sebagai bermotifkan politik.

"Penahanan kartunis untuk satira adalah menunjukkan kepada pemerintahan diktator, tidak demokrasi," Kata pengarah kumpulan Asia South, Meenakshi Ganguly, South. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain