suria

Ketua Al-Qaeda Sahkan Kematian Timbalannya

HONG KONG: Ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri yang mengeluarkan sebuah video serentak dengan ulang tahun tragedi 11 September, buat pertama kalinya mengesahkan kematian timbalannya.

Rakaman berdurasi 42 minit itu merupakan video pertama Zawahiri dalam tempoh tiga bulan yang mengesahkan Abu Yahya al-Libi terbunuh dalam satu serangan di wilayah Waziristan pada 4 Jun lalu.

Libi dianggap dalang propaganda global Al-Qaeda dan kematiannya memberi tamparan kepada kumpulan tersebut sejak pembunuhan Osama bin Laden oleh tentera khas Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2011.

Video tersebut disiarkan dalam forum jihad pada Isnin dan terjemahan teks tidak menyentuh secara langsung mengenai ulang tahun tragedi 11 September.

Video bertajuk "The Lion of Knowledge and Jihad: Martyrdom of al-Sheikh Abu Yahya al-Libi", merupakan kenyataan ke-13 Zawahiri pada 2012.

Rakamannya sering disiarkan dalam bahasa Urdu dan Pashto.

Artikel Berikut

Artikel Lain