suria

Samsung Catat Jualan 20 Juta Unit Telefon Pintar S III

SEOUL: Samsung Electronics pada Khamis berkata jualan global telefon pintar baru Galaxy S III Galaxy telah mencatat jualan unggul sebanyak 20 juta sejak pelancarannya pada penghujung bulan Mei, di tengah-tengah 'peperangan' undang-undang dengan Apple atas dakwaan pelanggaran paten.

Enam juta unit telah dijual di Eropah sejak ia dipasarkan lebih tiga bulan lalu, diikuti oleh 4.5 juta di Asia dan empat juta di Amerika Utara, menurut syarikat gergasi teknologi Korea Selatan dalam satu kenyataan.

"Galaxy S III ... dijual tiga kali lebih cepat daripada Galaxy sebelumnya S II dan enam kali lebih cepat daripada versi pertama Galaxy S," kata kenyataan itu.

Versi ketiga siri Galaxy S menawarkan teknologi pengecaman muka dan peningkatan kawalan pengaktifan suara serta pemproses yang lebih berkuasa yang membolehkan pengguna menonton video dan menulis e-mel serentak.

Syarikat itu masih berdepan tindakan undang-undang mahkamah dengan Apple terhadap dakwaan paten dengan kedua-dua syarikat antara satu sama lain menuduh tentang harta intelek bagi produk mereka sendiri yang didakwa diciplak.

Apple memenangi $1.05 juta ganti rugi paten pada 24 Ogos di mahkamah California, tetapi mahkamah Jepun minggu lepas menolak tuntutan syarikat gergasi teknologi AS itu bahawa Samsung mencuri teknologi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain