suria

Gempa Bumi Kuat Landa Costa Rica

SAN JOSE: Gempa kuat berukuran 7.6 magnitud melanda Costa Rica awal hari ini mengorbankan dua orang dengan bekalan tenaga dan talian telekomunikasi terputus serta amaran berlakunya tsunami.

Kediaman penduduk dilaporkan ditimpa pokok menyebabkan bumbung rosak dan runtuh apabila gempa melanda wilayah pesisir pantai Guanacaste. Keadaan itu menyebabkan orang ramai panik dan melarikan diri ke jalan raya sejauh 150 kilometer dari ibu negara San Jose.

Jurucakap Palang Merah berkata, seorang lelaki dan wanita dilaporkan maut akibat serangan jantung di bandar Filadelfia, berdekatan Nicoya, yang jaraknya hanya 10 kilometer dari pusat gempa.

Presiden Costa Rica, Laura Chinchilla dalam kenyataannya berkata: “Paling penting dalam saat begini ialah kita terus bertenang kerana tiada kerosakan besar berlaku."

Sementara itu, Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami untuk Costa Rica, Panama dan Nicaragua, tetapi menariknya semula. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain