TRIPOLI: Hasil pendapatan Libya dari minyak dan gas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini mencecah AS$30.4 bilion.Libya mengeluarkan 1.4 juta tong minyak sehari. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Negara Libya, dari tempoh 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini jumlah keseluruhan pengeluaran minyak telah mencecah 302 juta tong.Hasil daripada jualan minyak dan gas negara itu telah menjana pendapatan sehingga AS$30.4 bilion pada kadar purata AS$110.5 setong.Sebelum kejatuhan regim Muammar Ghadaffi, Libya menghasilkan minyak berjumlah 1.6 juta tong sehari.Minyak dan gas menyumbang sehingga 90 peratus daripada keseluruhan pendapatan negara itu.