suria

Lima Tentera Maut, Dua Helikopter Bertembung Di Udara

Beberapa Pegawai Tentera Udara India sedang memeriksa punca nahas melibatkan dua helikopter Mi-17 dekat Jamnagar.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima maut apabila dua helikopter tentera buatan Rusia terhempas selepas berlepas dari wilayah Gujarat pada Khamis.

Media India melaporkan, dua helikopter itu bertembung di udara sebaik saja berlepas untuk misi latihan dari kem tentera berdekatan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.

Tiga lagi askar dilaporkan cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua helikopter Mi-17 itu.

"Dua helikopter yang membawa sembilan askar dan beberapa pegawai terhempas di ladang penanaman kapas di wilayah Jamnagar," kata jurucakap polis, Harikrishna Patil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain