suria

Sekurang-kurangnya 20 Orang Ditahan Kerana Demonstrasi Anti-China

HANOI: Polis Vietnam menahan sekurang-kurangnya 20 orang pada Ahad apabila kesemua mereka mengadakan demonstrasi di Hanoi bagi membantah dakwaan wilayah Beijing dalam pertikaian Laut China Selatan, kata beberapa saksi.

Penunjuk perasaan diarahkan masuk ke dalam bas dan dibawa ke pusat perlindungan yang biasannya digunakan untuk menahan pekerja seks dan penagih dadah, selepas cuba untuk berhimpun dan mengingkari arahan polis, kata seorang tahanan kepada AFP.

“Sekurang-kurangnya 25 orang di sini dan terdapat tahanan di tempat lain,” katanya yang tidak mahu namanya didedahkan atas faktor keselamatan yang dihubungi menerusi pusat tahanan Loc Ha.

Saksi yang lain pula menganggarkan 20 orang telah ditahan.

Demonstrasi itu merupakan yang perhimpunan keesempat diadakan sejak lebih sebulan lalu oleh para aktivis di Hanoi.

Namun tiada sebarang penahanan bagi tiga perhimpunan sebelum ini. - AFP

Artikel Lain