suria

Pulau Tasmania Australia Mungkin Jadi Negeri Pertama Benarkan Perkahwinan Sejenis

SYDNEY: Pulau Tasmania mungkin menjadi negeri yang pertama di Australia membenarkan perkahwinan sejenis selepas perdana menterinya, Lara Giddings berkata beliau menyokong sebarang rang undang-undang ke arah itu.

Giddings berkata, beliau percaya sebahagian besar masyarakat di Tasmania telah bersedia untuk memberikan keizinan kepada pasangan sejenis melangsungkan perkahwinan secara sah di sisi undang-undang.

Undang-undang perkahwinan adalah di bawah bidang kuasa persekutuan di Australia yang mentafsirkannya sebagai penyatuan di antara wanita dan lelaki.

Artikel Lain