Pakar Sakit Jiwa Pernah Beri Amaran Mengenai Sikap Pelik Holmes - Dunia | mStar

Pakar Sakit Jiwa Pernah Beri Amaran Mengenai Sikap Pelik Holmes

DENVER: Seorang pakar sakit jiwa yang merawat James Holmes yang didakwa membunuh 12 orang dan mencederakan 58 yang lain dalam insiden tembakan rambang di sebuah pawagam di Colorado pernah memberi amaran kepada pihak universiti sebulan sebelum tragedi itu berlaku.

Dr Lynne Fenton memberitahu pasukan penilaian ancaman di Universiti Colorado, Denver pada awal Jun lalu mengenai sikap pelik Holmes.

Namun, tiada tindakan susulan diambil, lapor Denver Post.

Holmes, 24, didakwa melakukan 24 pembunuhan peringkat pertama dan 116 cubaan membunuh dalam insiden tembakan rambang di sebuah pawagam ketika tayangan 'The Dark Knight Rises' baru bermula kira-kira 15 minit.

Bekas penuntut kursus sains neuro di Universiti Colarado itu menjadi salah seorang pesakit Fenton yang merupakan pengarah perubatan untuk perkhidmatan kesihatan mental pelajar di kampus.

Holmes mengakui sebagai Joker kepada penyiasat dan tampil dengan rambut berwarna merah ketika perbicaraan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain