suria

Pekerja LA Diminta Henti Tonton Olimpik Secara ‘Online’

LOS ANGELES: Pegawai teknologi untuk Los Angeles meminta pekerja supaya berhenti menonton Olimpik secara dalam talian di tempat kerja, dengan mengatakan bahawa ia akan mengakibatkan operasi komputer perlahan.

Los Angeles Times melaporkan bahawa guru teknologi bandar itu, Randi Levin menghantar e-mel pada Selasa meminta para pekerja supaya berhenti menonton acara sukan di London kerana bandar tersebut mengalami bilangan trafik yang tinggi.

Pegawai bandar berkata, menonton acara bola sepak dan gimnastik wanita pada Selasa secara langsung di Internet akan menyebabkan bilangan jalur lebar yang terhad.

Ini bermakna komputer-komputer di bandar itu mungkin beroperasi dengan perlahan seperti siput.

Pegawai majlis perbandaran, Dennis Zin berkata, pembayar cukai tidak membayar pekerja untuk menonton Olimpik di komputer atau televisyen.

Zine berkata, beliau mahu tahu di mana penyelia sewaktu tontonan berlaku. - AP

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain