suria

Penculik Pengawal Kedutaan Itali Minta Wang Tebusan $70,000

SANAA: Penculik seorang pengawal kedutaan Itali di Yaman meminta wang tebusan dan mahu namanya dipadamkan dari senarai hitam kerajaan.

Kementerian Dalam Negeri itu pada Selasa mengenal pasti penculik tersebut sebagai Ali Nasser Jredan dari suku kaum al-Jalal yang ditahan pada Januari atas dakwaan membunuh beberapa askar di wilayah Marib.

Dia kemudiannya dibebaskan menerusi pertukaran dengan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) warga Norway yang diculik oleh suku kaum tersebut.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyebut sama ada Jredan adalah suspek militan al-Qaeda.

Pengawal itu yang juga warga Itali diculik pada Ahad ketika dia sedang berjalan kaki di bangunan kedutaan di Sanaa.

Ketua suku kaum itu yang enggan dikenali berkata, Jredan meminta wang tebusan sebanyak $70,000 sebagai pampasan kerana tersilap menahannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain