suria

Polis AS Tahan Lelaki Ancam Bunuh Majikan

WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat (AS) menahan seorang lelaki dan merampas beberapa senjata selepas dia bertindak mengancam membunuh majikannya.

Lelaki tersebut dipercayai terpengaruh dengan insiden tembakan rambang di Colorado baru-baru ini selepas berdepan kemungkinan dipecat majikannya, kata jurucakap polis.

"Saya adalah Joker. Saya akan melepaskan tembakan ke arah sesiapa saja," kata lelaki itu.

Ekoran kata-kata itu, pihak polis khuatir insiden tembakan rambang ketika tayangan filem 'The Dark Knight Rises' di Aurora, Colorado yang mengakibatkan 12 orang maut manakala 58 lagi cedera bakal berulang kembali.

Suspek dalam kes itu, James Holmes, mewarnakan rambutnya dengan warna merah dan memberitahu polis dia adalah 'Joker' yang merupakan musuh Batman.

Holmes adalah pelajar di Universiti Colorado dalam bidang sains tetapi dalam proses untuk berhenti meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain