Pusat Beli-Belah Dekat Taman Olimpik Dikosongkan Kerana Penggera Kebakaran - Dunia | mStar

Pusat Beli-Belah Dekat Taman Olimpik Dikosongkan Kerana Penggera Kebakaran

LONDON: Satu bahagian dalam kompleks membeli-belah berhampiran dengan Taman Olimpik London diminta dikosongkan pada Khamis selepas penggera kebakaran berbunyi.

Westfield Straford City, yang merupakan salah satu pusat membeli-belah terbesar di Eropah yang menghadap taman bagi acara sukan 2012 di timur London itu dikosongkan sehingga ke penghubung rel dan pintu masuk hadapann.

“Satu penggera kebakaran berbunyi dari salah satu restoran kami,” kata seorang jurucakap Westfield kepada AFP.

“Satu bahagian kecil di aras bawah telah dikosongkan, dengan ratusan penggujung diarahkan berpindah dari kawasan itu.

“Ia hanya insiden kecil yang dapat diatasi dengan segera dan semua orang kembali berniaga,” kata Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Khamis bahawa keselamatan merupakan keutamaan paking utama sepanjang Sukan Olimpik. - AFP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain