Polis Indonesia Diminta Tambah 25,000 Anggota Baru - Dunia | mStar

Polis Indonesia Diminta Tambah 25,000 Anggota Baru

JAKARTA: Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono telah meminta Polis Indonesia menambah sejumlah 25,000 anggota baru dalam usaha membendung dan menangani konflik perkauman dan ancaman keselamatan negara.

Separuh daripada jumlah itu akan mula dilatih menjelang penghujung tahun ini.

"Saya telah mengarahkan polis supaya mendidik dan melatih mereka dengan sebaik-baiknya. Gunakan ini untuk menambah kekuatan polis untuk membantu mencegah dan menghentikan konflik," kata Yudhoyono sebagaimana dipetik media tempatan.

Presiden Indonesia itu turut mengingatkan anggota polis supaya sentiasa bertindak profesional semasa menjalankan tugas khususnya ketika berhadapan konflik perkauman dan pertelingkahan.

Rekod menunjukkan bahawa pada tahun 2011, anggota polis Indonesia berjumlah 387,470 orang untuk menjaga keselamatan lebih 230 juta penduduk di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain