suria

Minum Jus Anggur Keluaran Syarikat Tempatan, Bukan Coca-Cola Atau Pepsi

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez menggesa rakyat negara itu untuk menikmati minuman jus buah-buahan keluaran syarikat tempatan berbanding minuman ringan seperti Coca-Cola atau Pepsi yang diimport dari luar.

Chavez berkata, pengguna perlu membeli 'Uvita', sejenis minuman anggur keluaran Corpozulia dalam usaha meningkatkan pembelian produk tempatan negara itu.

Beliau sering menasihatkan penyokongnya supaya mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan pengambilan arak serta dadah.

Ketika ucapannya pada Ahad lalu, beliau berkata Venezuela cuba meningkatkan penggunaan barangan tempatan sebagai satu cara untuk mengurangkan barangan import.

Negara Amerika Selatan mengimport kebanyakan makanan dan minuman yang diambil oleh rakyat Venezuela.

Artikel Lain