Terowong Rahsia Untuk Seludup Dadah Ditemui - Dunia | mStar

Terowong Rahsia Untuk Seludup Dadah Ditemui

PHOENIX: Polis menemui sebuah terowong rahsia yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan dadah di sempadan Arizona dengan Mexico selepas penahanan tiga suspek.

Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) berkata, terowong sepanjang 220 meter itu menghubungkan sebuah bangunan di San Luis dengan loji ais di sempadan Mexico-AS.

Terowong rahsia sedalam 17 meter di bawah tanah itu dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan pengudaraan.

Ia merupakan penemuan pertama di sempadan bandar kecil di selatan Yuma.

Bangunan setingkat di San Luis sentiasa diawasi sejak Januari lalu selepas beberapa ejen mengesyaki sesuatu yang mencurigakan berlaku di sana.

Pegawai DEA turut berjaya merampas kira-kira 39 pound methamphetamine yang dibawa masuk ke perkarangan bangunan tersebut menggunakan sebuah kenderaan baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Taikun Hong Kong Didakwa Rasuah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain