suria

Jualan Suku Pertama Burberry Lebih Rendah Daripada Sasaran

LONDON: Syarikat fesyen mewah Burberry berkata, perolehannya bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun meningkat 11 peratus, dipengaruhi oleh jualan yang kukuh kukuh di Britain, Perancis, Jerman dan China.

Bagaimanapun, ia lebih rendah berbanding dengan apa yang disasarkan.

Syarikat itu pada Rabu dilaporkan perolehan suku pertamanya berjumlah 408 juta pound (RM2.017 bilion), dengan perolehan runcit meningkat 14 peratus.

Perolehan yang dicatatkan adalah 8 juta pound lebih rendah berbanding sasaran pasaran, dan pegangan Burberry menyusut lebih lima peratus dalam dagangan awal. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain