suria

Gempa Bumi Melanda Fethiye

ISTANBUL: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Ritcher menggegarkan Resort Aegon Turkish di Fethiye pada 4.05 petang Isnin.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Meteorologi Kandili, tiada kemalangan di laporkan dan resort tersebut masih dikunjungi pelancong termasuk dari Jerman, Britain dan juga Scandinavia.

Awal bulan lalu, 57 penduduk dilaporkan cedera selepas gempa bumi melanda Fethiye dan gegaran tersebut turut dirasai di Pulau Rhodes. -DPA

Artikel Lain