suria

Dua Terperangkap Pasar Raya Runtuh di Kanada

MONTREAL: Sekurang-kurangnya dua terperangkap manakala seorang dikhuatiri maut apabila siling sebuah pusat beli-belah di utara Kanada runtuh.

"Kami sudah memperoleh visual yang menunjukkan tangan dan kaki mangsa yang terperangkap di celah runtuh berkenaan," kata pegawai penyiasat Polis Wilayah Ontario (OPP), Percy Jollymore.

"Kami belum dapat mengesahkan lagi identiti mangsa yang dikuatiri maut itu," katanya. Beliau berkata, keadaan di tempat runtuhan masih lagi berisiko kepada anggota penyelamat bagi melakukan operasi menyelamat secara agresif.

Kejadian berlaku apabila bumbung bahagian letak kereta pusat beli-belah Algo Centre Mall di Elliot Lake runtuh dengan 22 mangsa setakat ini sudah diberi rawatan kerana cedera. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain