suria

Masalah Driveshaft, Honda Panggil 50,000 Kereta Civic Di AS

CHICAGO: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Honda merancang untuk memanggil semula kira-kira 50,000 kereta sedan Civic di Amerika Syarikat (AS) untuk membaiki masalah di bahagian aci pacu (driveshaft).

Honda berkata, aci pacu pada beberapa model yang dikeluarkan pada 2012 tidak dipasang dengan betul dan boleh menjadi longgar.

"Jika pemisahan berlaku, enjin tidak dapat menggerakkan kenderaan dalam mana-mana gear dan kenderaan itu boleh terbabas.

"Malah, jika brek parkir tidak ditetapkan ketika pemilihan gear diletakkan dalam kedudukan parkir ia meningkatkan risiko kemalangan atau kecederaan diri,” demikian menurut Honda dalam satu kenyataan.

Pembuat kereta berkenaan dilaporkan akan membiayai semua kos pembaikan.

Artikel Lain