Pesawat Solar Antara Benua Pertama Mendarat di Maghribi - Dunia | mStar

Pesawat Solar Antara Benua Pertama Mendarat di Maghribi

Pesawat tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi Rabu selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari. -Foto AP
Pesawat tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi Rabu selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari. -Foto AP

RABAT: Sebuah pesawat tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi Rabu selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari.

Pesawat dipandu ahli fizik dan pengendali belon panas, Bertrand Piccard, 54, dari Swiszerland mendaratkan pesawat yang dikenali Solar Impulse tepat jam 11.30 malam waktu tempatan ketika bulan penih di Lapangan Terbang Rabat Sale.

Ketibaannya disambut pegawai Agensi Tenaga Solar Maghribi (MASEN). Pendaratan pesawat berkenaan turut ditayangkan secara langsung menerusi laman web solarimpulse.com.

Pesawat berkenaan akan berada di Rabat untuk lima hari lagi sebelum berlepas ke Ouarzazate di selatan Maghribi bagi upacara pelancaran loji janatenaga solar terbesar oleh Raja Mohammed VI.

Pesawat solar berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Barajas, Madrid, jam 5.22 pagi waktu tempatan. - AFP

Artikel Sebelum

Penyanyi Gun N' Roses Dirompak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.