suria

Pemain Selo Dari Rhode Island Menang Miss USA

Olivia Culpo memenangi gelaran Miss USA. Foto REUTERS
Olivia Culpo memenangi gelaran Miss USA. Foto REUTERS
Olivia Culpo memenangi gelaran Miss USA. Foto REUTERS

LAS VEGAS: Seorang pemain selo berusia 20 tahun dari Rhode Island memenangi gelaran Miss USA dan akan mewakili Amerika Syarikat (AS) pada pertandingan Miss Universe tahun ini selepas menyuarakan sokongannya terhadap ratu cantik transgender.

Olivia Culpo menduduki tangga teratas di antara 51 peserta pada Ahad yang mahu merebut gelaran itu di Planet Hollywood Resort & Casino di Las Vegas.

Dalam pusingan akhir, Culpo berhadapan dengan soalan yang paling sukar pada malam itu: “Adakah anda berada ia adalah adil sekiranya wanita transgender memenangi gelaran Miss USA mengalahkan wanita sejati?”.

Soalan itu diajukan oleh seorang pengikut pertandingan ratu cantik di Twitter itu.

Culpo menjawab: “Saya fikir ia adalah adil tetapi saya boleh memahami tentang masyarakat akan bimbang sedikit kerana secara tradisinya, wanita sejati dilahirkan secara semula jadi, tetapi hari ini terdapat banyak pembedahan dan begitu ramai di luar sana yang memerlukan perubahan untuk memperoleh kehidupan lebih bahagia, saya terima kerana saya percaya ini adalah negara yang bebas.” - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain